Upin@ Ipin

Wednesday 15 June 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" (PEMBETULAN)

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal art...ikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

DUA PERKARA YANG SELALU MEMBUATKAN KITA TAK BERSYUKUR

PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.
Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .
Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  ker...eta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.

Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki.
Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.

.
Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .

KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.
Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni ospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”


Sumber: Dua Perkara Yang Selalu Membuatkan Kita Tak Bersyukur | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/dua-perkara-yang-selalu-membuatkan-kita-tak-bersyukur/#ixzz1OProdhO0

teka-teki dari iman al-ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Apa yang paling dekat?

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di
...
dunia ini ?”
Murid 1 = ” Orang tua ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap
yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Apa yang paling Jauh?
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ” Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar
adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita
tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus
menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan
perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.


Apa yang paling besar?
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus
hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”


Apa yang paling berat?
Imam Ghazali = ” Apa yang palin berat didunia ”
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 = ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah
(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak
manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”


Apa yang paling ringan?
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin ”
Murid 3 = ” Debu ”
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita
atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”


Apa yang paling tajam?
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini ”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
Imam Ghazali = ” Itu benar,

Sumber: Teka-Teki Dari Imam Al-Ghazali | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/teka-teki-dari-imam-al-ghazali/#ixzz1OUgHWVNp

Bayi mangsa jahiliah moden bangkit tuntut hak di akhirat

Firman Allah dalam surah at-Takwir ayat 1-9 yang bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahaya (dan hilang lenyap) dan apabila bintang gugur berselerak dan apabila gunung ganang diterbangkan di angkasa (selepas dihancurkan menjadi debu) dan apabila unta yang bunting terbiar dihimpunkan dan apabila lautan meluap dan apabila tiap diri disatukan ... dengan pasangan dan apabila anak perempuan yang di tanam hidup-hidup ditanya, apakah dosa mereka sehingga dibunuh dengan sedemikian rupa?”
Ayat di atas menggambarkan kepada kita bahawa antara peristiwa yang berlaku pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan bayi yang dibuang atau ditanam hidup-hidup dan bertanya apakah dosanya sehingga dibunuh tanpa rasa belas kasihan?

Seperti yang kita tahu, bangsa Arab sebelum datangnya Islam yang dibawa oleh Nabi SAW membuang dan menanam hidup-hidup bayi adalah budaya mereka yang duduk di kampung dan miskin pada zaman jahiliah.

Di dalam ayat ini Allah SWT menjelaskannya sebagai satu kutukan dan cemuhan kepada sesiapa yang membunuh, membuang, menyeksa dan menghina bayi yang tidak mengetahui apa-apa.

Bertambah sedih lagi apabila anak yang tidak berdosa itu dibunuh tanpa rasa bersalah. Hari ini kita lihat jahiliah moden kembali dan cara serta tindakan lebih kejam, zalim dan menindas berbanding dulu. Mereka membuang bayi merata-rata, di jalan, bilik air, masjid, tong sampah, depan rumah dan yang lebih menyedihkan lagi menjadi hidangan anjing liar serta menjadi makanan ulat. Allah SWT mengutuk sekeras-kerasnya pekerjaan keji sedangkan manusia dijadikan Allah sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.

Di akhirat nanti Allah akan memberikan hak kepada bayi untuk bertanya selepas mereka dinafikan hak di dunia, Allah juga memberikan peluang untuk membela diri, selepas sekujur tubuh yang lemah tidak berdaya melawan ketika dibuang di dunia.

Sudah semestinya persoalan yang dilontarkan kepada kedua-dua ibu bapanya memberikan peringatan kepada pembunuh dan mereka yang ‘bercita-cita’ menjadi pembunuh.

Berfikirlah sebelum melakukan jenayah zina, hubungan terlarang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan. Hari ini, gejala sosial ini berada pada tahap kritikal walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk menangani masalah ini.

Sebagai contoh, kebanyakan mereka yang membuang bayi adalah daripada umat Islam. Hakikatnya, keprihatinan kita sebagai umat Islam dalam menangani masalah ini begitu rendah.

10 Amanat penting Rasulullah SAW

“1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.

2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahal...a haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.

3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.

4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahnyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.

6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.

7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.

8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.

9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.

10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan.

roh tergantung antara langit dan bumi

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:

“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang t...idak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
“Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan.
Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.”
.
*oleh itu sahabat – sahabat sekalian, marilah kita menghindari sifat suka berhutang dan melambat – lambatkan bayaran hutang sebelum kita menyeksa roh kita sendiri

Antara AKAL Dan NAFSU..

Dalam sebuah kitab karangan Utsman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi,seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijriah menerangkan;bahwa sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan akal lebih dulu daripada nafsu,pada saat penciptaan akal ALLAH SWT,berfirman;
"Wahai akal menghadaplah engkau!."
   maka akal pun menghadap kehadapan ALLAH SWT berfirman yang bermaksud;
"Wahai akal berbaliklah engkau!".
   kemudian ALLAH SWT berfirman lagi yang bermaksud;
"Wahai akal!Siapakah AKU?".
    Akalpun berkata,"ENGKAU adalah TUHAN Yang Menciptakan aku dan aku adalah hamba-MU yang daif dan lemah."
ALLAH SWT berfirman yang bermaksud;
"Wahai akal tidak KU-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
    Setelah penciptaan akal dan di uji coba kesetiaannya, ALLAH SWT menciptakan Nafsu.
ALLAH SWT ,berfirman kepadanya pula pada Nafsu;
"Wahai Nafsu,menghadaplah kamu!".
    Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
    kemudian ALLAH SWT berfirman lagi;
"Siapakah engkau dan siapakah AKU?".
    Nafsu menjawab "Aku adalah Aku,dan ENGKAU adalah ENGKAU."
    Setelah itu ALLAH SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun,dan kemudian ALLAH SWT berfirman:
"Siapakah engkau dan siapakah AKU?".
   Nafsu berkata,"Aku adalah Aku dan ENGKAU adalah ENGKAU."
   Lalu ALLAH SWT menyiksa Nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun,setelah di keluarkan maka ALLAH SWT berfirman;
"Siapakah engkau dan siapakah AKU?".
Akhirnya Nafsu mengakui dengan berkat,"Aku adalah hamba-MU dan ENGKAU adalah TUHANku."
     Dalam kitab tersebut juga di terangkan bahwa dengan sebab itulah maka ALLAH SWT mewajibkan PUASA.
     Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa Nafsu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal Nafsu,jangan biarkan Nafsu itu yang mengawal kita,di kawal Nafsu berarti MUSNAH!...........
                        Semoga saja kita senantiasa slalu dalam perlindungan ALLAH SWT......
                                              Amiiiiiiiiiiiin

GADIS DIPOTONG TANGANNYA (KISAH BENAR)

Dikisahkan bahawa semasa berlaku kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israil, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T”
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.Sebaik sahaja anak gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil it uterus memotong tangan kanan gadisnya sehingga putus.
Setelah dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah hidup orang kaya itu dengan menarik kembali segala harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang fakir miskin dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke satu rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu sangat tertarik dengan anak gadis itu dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut.
Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila telah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya, oleh kerana anak gadis itu telah kudung dan suaminya tidak tahu bahawa dia itu kudung, ibunya juga telah merahsiakan tentang gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri.
Apabila suaminya melihat akan kelakuan isterinya itu maka dia pun berkata “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak bergitu pandai dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukannya dengan tangan kiri”
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya.
Dengan tiba-tiba maka terdengar suara berkata dari sebelah pintu “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana kami, maka tidak ada halangan kami memberikan kamu kembali akan tangan kanan kamu itu”
Setelah anak gadis mendengar suara tersebut maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapat tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Sesiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormati aku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T dan sesiapa telah menjadi kemarahan tetamu, maka sesungguhnya dia telah menjadi kemarahan aku, dan sesiapa menjadikak kemarahan aku, sesunguhnya dia telah menjadi murka Allah S.W.T”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...